BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~listening~

Friday, June 26, 2009

ermmm.... dah lame tak write kat sini... finally, aku dapat gak balik umah and merehatkan pale otak selepas bertungkus lumus (ye ker?? hehe...) tuk exam ritu.. peh.. memang aku jadi taktau la ape je nasib aku pasni.. riso tak dapat score jek.. huh...

cuti cume sminggu.. ape aktiviti?? semalam mak ada kate nak jalan gi umah abang kat kelantan.. tak tau jadi ke tak.. aku tak kesah pon since aku pun takde plan pape aktiviti pun...

cite pasal abang, aku baru dapat tau yang abang maybe kene posting kat sabah.. kat situ je kot yang ada available specialist tuk ENT tuh... kat tempat len takde kot.. kalo aku la, memang aku takkan lepaskan chance tuh.. tapi bile aku jadi cam abang, maybe aku pun akan tolak coz yelah, die pun dah ada tanggungjawab kat kelantan tu.. mesti la susah nak tinggalkan anak and isteri die.. lagipun nanti kalo tiba hari raye, abang tak balik, mesti dah kurang satu family.. huhu.. sape nak bagi duit raye lagi...... heh3...

tapi ape pun the decision is in his hand.. terpulang pada die nak gi ke tak... tapi kalo dah takde option lain, aku rasa, nak tak nak abang kene gi gak... ermmm..... so...

Tuesday, June 9, 2009

kanape aku baru tau??

this is me...
this is muhammad iman haiqal...
and.. this luvly gal is my new niece; nureen iman najwa @ uca...
hehe...

uca....
nape acik baru tau?? baru tau pasal your grandpa and future grandma..(betul ke ni?)
betul la kan...
kalo dah cik jat pakcik kepada aku, mestila die jadi atok kepada uca and iman kan??
tapi atok muda la... sebab memang die mude lagi pun...
hehehe..
aku baru tau tadi, tu pun kebetulan bila akak aku call (masa tu die tengah marah kat kawan opis die... marah pasal pe?? adela.. he3)
akak aku la yang bagitau pasal cik jat gi merisik bakal makcik aku semalam.. he3
akhirnye... dapat gak makcik...
yang macam peliknye, cam dah takde hari len je pakcik aku nak gi merisik pon..
hari senin gak.. hek3..
tak kesah la tu, asal ada gak hari nak gi ye tak??
he3....
baru merisik je pun... harap2 tak lama lagi dapat la aku makan nasi minyak pakcik aku nih..
dah lama nunggu nih...hu3
pah, mintak maap la yek... pakcik aku dah gi merisik orang len.. tak dapat la ko jadi makcik aku..
hui3
yeye...dapat makcik... yeye...


Monday, June 8, 2009

quiz??

chapter 9- risk control

risk control-risk avoidance-risk reduction- risk prevention-risk control
heinrich's domino theory-william haddon's energy release theory
system safety
fault-tree-analysis

chapter 10- risk financing-insurance

characteristic of ins-transfer the risk-sharing of losses
law of large number
insurance-transfer of pooling??
elements of insurable insurance-large no of exposure
-definite & measurable loss
- the loss must be fortuitous
- the loss must no be catastrophic

*****study for tomorrow's quiz...
*****good luck for myself.... ;))

Sunday, June 7, 2009

renung2kan...

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1.
Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad..

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari

31.
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37.
Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

i just read this acricle in my email. so, for those who are muslims, read it and try to do it.. InsyaAllah, His blessing always wif us.. amin..

new activity...


finally........ sampai pon hari ahad... dapat gak aku lalui hari hujung minggu yang keseorangan ni...
hu3...


dah bape hari aku duk sensorang ni...
aku dapat or senang kate dah terjumpe satu aktiviti best..(pada aku la.. taktau pada orang len)
aku akan cari novel2 yang best.. then aku download or copy.. dah tu, aku baca la time free.. he3..
best tak??
huraayyyyyyyyyyyyy.............
;))

Saturday, June 6, 2009

bacalah.... he3

akhirnye.. ada gak aktiviti aku tuk hujung minggu yang sunyi ni...
huhuhu..
ape yang aku wat??
ape lagi, aku online ar.. buang masa.. he3
assignment?
aku wat gak, tapi tak siap2 lagi.. he3
aku wat keje tak bape nak faedah la...
cari citer2 novel dari www.virtualfriends.net
this is the first community website yang aku join..
best gak ar..
bleh chat, wat discussion, msg, cari artikel, mcm2 ar..
so, sape2 nak join, dipersilekan...

daripada web ni gak aku dapat 1 artikel yang agak best nak baca...
teruskan pembacaan anda...


characteristic mengikut jenis rambut..

1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan


2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung


3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah


4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.


5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.


6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.


7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.


8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.


9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut


10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri


11)TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye... .kesian


12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua... jangan marah... gerammmm tak perrrrrrrrrrggg

hahaha.... just for fun!!!

Friday, June 5, 2009

what will you do if....

wat will you do if you are in bored situation??


wat will you do if you are missing your frens??


and wat will you do if suddenly you think you want to go back at your past??

this is wat i gonna do..
get my photo album, look in it and memorize wat did i do wif my frens when we are together...
hurm...
ape la yang aku merepek ni....
kalo dah boring tahap cipan...
ape aku nak wat sensorang this whole weekend??
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......................

doaku...


antara dua cinta yang inginku miliki,
cinta insan dan cinta Ilahi,
pasti yang utama cinta Ilahi,
kerana cintaNya hakiki....
antara dua insan yang inginku miliki,
kekasih hati dan sahabat sejati,
pasti yang utama sahabat sejati,
kerana setianya sukar ditemui....

Wednesday, June 3, 2009

tanda2 anda bayi 80-an...

o Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks
n Mickey Mouse.
Not to forget Ninja Turtles, Mask,
Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?... hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list
dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt... program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu. pukul
tapak tangan... kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek
kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu... ada yang suka stoking
tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum,
KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan
keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &
Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2 color tu.
kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2
die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm... jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite
dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite
alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu..

bila baca mendalah ni, perasan tak yang kite dah lama meninggalkan alam kanak2? tak terasa pun, rupenye dah masing2 dah besar.. kenangan2 ni la yang akan wat kite tersenyum sensorang dan mengimbau balik masa zaman kite kanak2 dulu. kan? kalo dulu geng2 aku sume bab sememeh ni nombo 1! kalo tengok gambo dulu2, ada terdetik dalam hati, betul ke aku yang dalam gambar ni?? hak3.. ada tak?? sekarang sume dah lawa2, ayu2, dah pandai bergaya, ada yang dah dapat laki pun!! hu3..

sekarang masing2 dah bz ngan aktiviti sendiri. tak macam dulu.. asal petang je, main, asal petang je main.. sampai maghrib baru cari jalan balik rumah.. hu3...
kepada kawan2 yang kenal aku dari masa kecik, aku harap kite dapat berkumpul semula so, kita dapat refresh our memory zaman kanak2 dulu.. ok?? hu3